Ketua jurulatih Penang FC, Choong Yee Fatt, sugul memikirkan nasib pasukannya yang terus berada di kedudukan tidak selamat selepat melewati lima kekalahan berturut turut.
Menjelang aksi bertemu Kedah, impian Yee Fatt cukup besar membawa keluar barisannya daripada kepompong kekalahan dengan modus operandi, skuad Nafuzi Zain, perlu pulang hampa.
Ramai yang meletakkan Penang FC memiliki kelebihan memandangkan kelebihan beraksi di laman sendiri.
Yee Fatt tidak menolak ia juga merupakan satu tekanan buat pasukan yang perlu mencari peluang kemenangan di Stadium Bandaraya, di hadapan penyokong yang menuntut keputusan lebih baik malam ini
Kedua-dua pasukan itu ibarat dua harimau yang sedang terluka.
Hanya 90 minit bakal menjadi penentu, samada Penang FC mampu keluar daripada situasi getir atau kedah lebih mendominasi kesan daripada kegagalan mara ke peringkat seterusnya di saingan Piala Malaysia.
"Kami menjangkakan perlawanan yang sukar, namun ia sebenarnya bergantung kepada mentaliti pemain menghadapi perlawanan ini," kata Yee Fatt menerusi Nadi Arena.
"Rekod perlawanan Penang kurang memuaskan dan saya berharap kami akan kembali menemui rentak kemenangan cuba keluar daripada kedudukan yang kurang baik ini."