Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Yee Fatt dedah punca Penang tumbang di tangan PDRM

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

chong-yee-fatt.jpg
Kegagalan menterjemahkan setiap peluang dalam bentuk jaringan antara punca Penang FC berputih mata ketika berdepan PDRM FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya kelmarin.

Itu rumusan pengendali Harimau Kumbang, Chong Yee Fatt, ketika kelab utara tanah air berdepan kekalahan ke-12 selepas mengharungi 21 perlawanan Liga Super musim ini.

Kekalahan terbaru itu menyaksikan kemarau kemenangan skuad Haria Penang Haria berkenaan terus berpanjangan kepada lima perlawanan berturut-turut selepas tewas kepada Selangor (0-3), Sabah FC (1-2), Perak FC (1-3) dan Kedah Darul Aman FC (1-2) sebelum ini.

Sebagai rekod, tiga mata terakhir diraih Harimau Kumbang adalah ketika menjinakkan Kelantan FC 4-3 di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang pada 8 Julai lalu.

"Kami tewas kepada pasukan lebih baik dalam perlawanan ini yang memanfaatkan sepenuh peluang untuk meraih tiga mata.

"Pada masa sama, kami juga memiliki peluang tetapi gagal memanfaatkannya dalam perlawanan ini.

"Malah, biarpun ketinggalan dua gol, pemain berusaha untuk bangkit tetapi peluang tersebut gagal diterjemahkan dalam bentuk jaringan gol," katanya selepas perlawanan itu.

Aksi di Petaling Jaya menyaksikan tiga gol The Cops kendalian Datuk Yunus Alif dijelmakan hasil jaringan sendiri pemain Harimau Kumbang, Ousmane Fane, pada minit ke-36, James Okwuosa (m-74) dan Bruno Suzuki (m-94).

Tambah Yee Fatt lagi, sebelum datang ke sini Petaling Jaya, pasukannya berusaha mengatasi kelemahan itu tetapi situasi sama masih berulang.

"Kami banyak buat kesilapan sendiri dalam perlawanan ini yang menyaksikan bola tidak masuk ke dalam gawang gol seterusnya menyebabkan pemain hilang keyakinan diri," katanya.

Kredit: Sinar Harian
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video