Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Trio utama sembuh tawar KL City lebih banyak pilihan

zhafri-yahya.jpg
Tiga pemain utama Kuala Lumpur (KL) City, Paulo Josue, Brendan Gan dan Zhafry Yahya dalam penilaian akhir sebelum keputusan di buat bagi 18 pemain bertemu PDRM, Rabu ini. 

Skuad Warga Kota tidak pernah lekang dengan isu kecederaan dan terkini yang melibatkan ketiga-tiga tonggak itu yang terpalit isu kecederaan sejak beberapa minggu lalu.

Walaupun Brendan sudah memulakan latihan bersama pasukan, namun tempoh kecederaan sejak lapan minggu lalu membuatkan ketua jurulatih KL City, Kuljanak Miroslav, memilih untuk lebih berwaspada sebelum buat sebarang keputusan.

"Saya belum boleh muktamadkannya, esok saya akan putuskan kesebelasan utama.



"Setakat ini tiada masalah kecederaan, ketiga-tiganya sudah pulih tetapi belum pasti dalam kesebelasan utama," katanya di Nadi Arena sebentar tadi. 

Menjelang pertemuan dengan PDRM, pengendali dari Croatia itu mengharapkan kutipan tiga mata penting mampu dijelmakan di Cheras selepas The City Boys tampak konsisten dengan rekod tanpa kalah sejak empat perlawanan lalu.

"Kami perlu beraksi dengan hebat di tempat sendiri, perlawanan bertemu PDRM sentiasa berlangsung sengit. 


 
"Tiada sebarang perlawanan Liga Super yang mudah buat kami. 

"Dalam beberapa perlawanan terakhir, kami tunjukkan karakter selepas mengalami kekalahan. Kami pamerkan kebangkitan.

"Dan ini perlawanan baru jadi segalanya baru," katanya. 




 

Advertisement

Must Watch Video