TERENGGANU 3 KDN 0

Terengganu kembali merampas mata penuh Liga Super apabila menjinakkan Kelantan Darul Naim (KDN) 3-0, sebentar tadi.


Anak buah Tomislav Steinbruckner menggunakan kesempatan beraksi di Stadium Sultan Zainal Abidin untuk menutup separuh masa pertama menerusi penyudah Ismahil Akinade yang dihadiahkan menerusi video bantuan pengadil sebelum seorang lagi pemain import, Nurillo Tukhtasinov, memastikan bekalan 2-0 ketika menghukum situasi kelam kabut di depan gawang lawan.

Dua minit selepas permainan bersambung, giliran rembatan Manny Ott
pula menggegar pintu gol skuad Kijang Emas selepas tumbukan Khatul Anuar bin Md Jalil singgah tepat di kaki pemain import Filipina itu.