Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Tiada istilah 'simpan kuku' bagi JDT

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jordi-amat.jpg
Istilah 'simpan kuku' tampak tiada dalam kamus juara Liga Super 10 kali berturut-turut, Johor Darul Ta'zim menjelang aksi Liga Super menentang Kuching City di laman sendiri pada Khamis.

Kapten skuad Harimau Selatan, Jordi Amat menegaskan pasukannya akan menggunakan pendekatan sama menerusi kesebelasan terbaik walaupun berdepan aksi penting Liga Juara-Juara Asia (ACL).

JDT kembali beraksi dalam saingan tempatan susulan tamat rehat antarabangsa sebelum ini, dengan menerim kunjungan Kuching City di Stadium Sultan Ibrahim.

Sementara menantikan perlawanan ACL berdepan Kawasaki Frontale di tempat lawan, ramai yang menjangkakan JDT bakal menampilkan kesebelasan yang berbeza namun Jordi tampil memberikan bayangan sebenar. 

"Berdepan Perak sebelum ini cukup baik buat kami kerana sudah lama tidak beraksi di laman sendiri," kata Jordi menerusi Nadi Arena.

"Ia menghadirkan semangat yang positif dalam pasukan dan kami mahu meneruskannya dalam perlawanan berikutnya.

"Kami perlu menikmati perlawanan dan melihat kesilapan yang dilakukan dalam perlawanan terdahulu sekaligus memperbaikinya untuk memastikan permainan yang lebih baik."

Advertisement

Perlawanan Akan Datang

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video