TERENGGANU 3 NEGERI SEMBILAN 2
Perlawanan minggu ketujuh saingan Liga Super menyaksikan Terengganu berjaya menewaskan Negeri Sembilan untuk mendapatkan tiga mata penuh yang kedua di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, sebentar tadi.
Meskipun mengawal keseluruhan permainan, skuad kendalian Tomislav Steinbruckner dilihat buntu mencipta peluang keemasan tatkala benteng pertahanan skuad Hoben Jang Hoben sentiasa berwaspada ancaman tersebut selain berjaya menghalang beberapa percubaan itu terjadi.
Selepas enam aksi bersama Sang Rusa, akhirnya penyerang dari Sepanyol, Mika Junco, mula membuka akaun jaringan apabila menanduk masuk bola hantaran pemain import, Takumi Sasaki, yang menewaskan Syed Muhammad Nasrulhaq untuk meletakkan Negeri Sembilan di depan.
Anak-anak buah Azzmi Aziz semakin rakus untuk menambah jaringan demi mendapatkan kedudukan selesa namun, tembok terakhir Sang Penyu yang diketuai Shahrul Nizam Ros Hasni berhasil mengekang asakan tersebut.
Sebelum tamat separuh masa pertama, pemain kebangsaan, Safawi Rasid, menghidupkan harapan peminat tempatan apabila sepakan percumanya menembusi gawang Aqil Razak untuk menyamakan kedudukan sebelum wisel penamat dibunyikan.
Sebaik sahaja babak kedua bermula, Terengganu menggandakan kelebihan hasil jaringan daripada Chukwu Chijioke apabila pemain pinjaman dari Johor Darul Ta'zim (JDT), Akhyar Rashid, membuat satu lencongan cantik mengenai kepala pemain gantian itu.
Pasukan pelawat tidak mahu menyerah kalah sebaliknya kembali mengejutkan kem skuad Peteh susulan gerakan pemain tengah, Jacque Faye, yang membuat satu pusingan memperdayakan pertahanan sebelum merembak masuk bola untuk Negeri Sembilan mengikat kedudukan 2-2.
Pada minit ke-59, Akhyar Rashid meletakkan rakan-sepasukannya di depan selepas mudah melepaskan sepakan leret untuk memberikan kemenangan ke atas pasukannya.

? KEPUTUSAN PENUH PERLAWANAN ?
— Terengganu Football Club (@FCTerengganu) July 30, 2024
FT[ @FCTerengganu 3-2 @nsfc1923 ]
⚽️ Miguel Angel
⚽️ Safawi Rasid
⚽️ Chijioke
⚽️ Jacque Faye
⚽️ Akhyar Rashid#TerengganuFC#WeBleedBlackAndWhite pic.twitter.com/qHrYJZdkc0