Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Terengganu pulang bergaya dari Stadium Bandaraya

terengganu-liga-super-2025.jpg
PENANG 0 TERENGGANU 3

Terengganu membuka kempen Liga Super dengan nota positif apabila menghukum Penang 3-0 ketika bertandang ke Stadium Bandaraya, sebentar tadi. 


Setelah buntu dalam babak pertama sambil Penang melancarkan beberapa asakan berbahaya --  antaranya percubaan Hasbullah Abu Bakar seawal minit ke-4 yang diselamatkan penjaga gol Sang Penyu, Suhaimi Husin -- skuad kendalian Badrul Afzan Razali menemui sentuhan penyudah pada awal babak kedua. 

Ketangkasan Khairul Azhan Khalid yang menjadi benteng akhir skuad Harimau Kumbang benar-benar teruji dan akhirnya dihukum menerusi gol berganda pantas dalam tempoh 6 minit (minit ke-49 dan ke-54) oleh Azam Azmi Murad dam Gabriel Silva.

Dan seminit menuju ke waktu kecederaan, Terengganu sekali lagi menembusi kubu Penang dan kali ini melalui ledakan Khalaif Naskam.



 

Advertisement

Must Watch Video