Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Syafiq Ahmad pasang hasrat tundukkan Perak

syafiq.jpg
Penyerang Kedah Darul Aman, Syafiq Ahmad, menggesa pasukannya untuk bangkit dan lupakan kekecewaan apabila tewas kepada Selangor 0-1 dalam aksi kedua Liga Super yang lalu dan bersiap sedia untuk membaham Perak, malam ini.

Tonggak berusia 28 tahun itu mengulas bahawa dia dan rakan sepasukan perlu memanfaatkan sebaik mungkin peluang untuk beraksi di hadapan penyokong sendiri bagi merialisasikan hasrat untuk mengutip tiga mata sulung di laman sendiri musim ini. 

“Kita (Kedah) perlukan kemenangan kerana minggu lepas kita sudah tewas.

Tambahnya, pasukan Perak mungkin akan hadir dengan semangat yang berkobar kerana Perak telah mengalami dua kekalahan sebelum ini jadi mereka akan datang dengan azam yang baru.

“Perak akan datang dengan mental yang baik sebab mereka sudah kalah di perlawanan sebelumnya dan saya merasakan saingan agak sengit nanti.

“Saya berharap ‘game’ malam ini kita dapat peluang yang baik untuk menjaringkan gol,” kata Syafiq.
 

Advertisement

Must Watch Video