Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Sri Pahang tetap waspada ancaman Kelantan FC

sri-pahang.jpg
Menjelang aksi Liga Super berdepan Kelantan esok, jurulatih Sri Pahang FC, Fandi Ahmad, mengambil pendekatan enggan pandang enteng pasukan The Red Warriors biarpun mereka berada di kedudukan tercorot liga.

Ditambah pula Kelantan bakal mendapat sentuhan jurulatih baru Angel Alfredo Vera, yang pasti akan menampilkan corak permainan berbeza berbanding jurulatih sebelum ini, Frank Bernhardt. 

Dalam perlawanan terakhir 9 Jun lalu, Sri Pahang mencipta kebangkitan luar biasa menentang Negeri Sembilan FC dengan menjaringkan tiga gol dalam 10 minit terakhir untuk menang 4-3.

"Kami tetap berwaspada dengan kemampuan lawan. Sri Pahang memberikan tumpuan kepada kualiti kami tersendiri," kata Fandi.

"Kami hanya mampu membuat persiapan dan meletakkan sasaran untuk mendapatkan tiga mata penuh."

Pendapat sama disuarakan pemain tengah Tok Gajah, David Rowley, yang percaya Kelantan mempunyai gandingan pemain muda dan berpengalaman.

Namun Rowley yakin bahawa tonggak serangan Sri Pahang, Kpah Sherman, mampu menjadi duri dalam daging kepada barisan pertahanan kelantan.

"Saya tidak berasakan Kelantan hanya dibarisi pemain muda, mereka mempunyai pemain berpengalaman serta pemain import  yang berkualiti, kami sentiasa berwaspada ancaman mereka," kata Rowley.

Advertisement

Must Watch Video