Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Sri Pahang raih tiga mata, Kemarau kemenangan Penang berpanjangan

sri-pahang-penang.jpg
Baik Penang, mahu pun Sri Pahang, kedua-dua pasukan mendambakan kemenangan di Stadium Bandaraya Pulau Pinang apabila hanya merekod satu kemenangan dalam lima aksi terakhir Liga Super.

Corak permainan berhati-hati menyukarkan jaringan terhasil namun kealpaan di hujung babak pertama, memberi tuan rumah pengajaran pertama malam ini.

Jaringan Mykola Ahapov memberikan kelebihan kepada Sri Pahang menuju bilik persalinan.

Tatkala anak buah Akmal Rizal Ahmad Rakhli mencari ruang untuk melancarkan serangan ke kubu yang dikawal Zarif Irfan, penjaga gol berusia 29 tahun itu terus menjadi penghalang kepada tuan rumah untuk mencari gol penyamaan ketika peluang berharga -- sepakan percuma cuba disempurnakan Neto Oliveira pada minit ke-83.

Sehingga Zarif berdepan risiko terjahan ketika cuba menyelamatkan beberapa serangan pantas sebelum tamatnya enam minit masa tambahan kecederaan.

Kecemerlangannya berhasil mengekalkan kelebihan satu gol milik Sri Pahang, sekaligus Penang terus kemarau kemenangan untuk hampir dua bulan.
 

Advertisement

Must Watch Video