Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Sri Pahang bangkit ikat Terengganu

sri-pahang-terenggany.jpg
Sri Pahang FC melakar kebangkitan daripada ketinggalan untuk berkongsi satu mata dengan Terengganu FC dalam aksi Liga Super yang berlangsung di Kuantan, sebentar tadi.

Terengganu tenang mempamerkan permulaan yang dalam saingan yang berlangsung di Stadium Darul Makmur, mempamerkan deretan peluang di awal permainan.

Jaringan pembukaan terhasil pada minit ke-25 apabila Omid Nazari apabila menanduk masuk hantaran lintang Liridon Krasniqi.

Sri Pahang cuba kembali mengikat jaringan namun tiada jaringan berjaya dihasilkan sehingga tamat separuh masa pertama.

Terengganu berjaya menggandakan jaringan pada minit ke-71, Nazari sekali lagi bijak menemui ruang untuk mengatasi penjaga gol, Izham Tarmizi Roslan.

Skuad kendalian Fandi Ahmad bagaimanapun seperti dihembus semangat baru apabila berjaya mengurangkan defisit jaringan menerusi Rafael Silva pada minit ke-77 sebelum mengikat kedudukan dua minit kemudian menerusi Sergio Aguero.

Kedudukan kekal hingga tamat perlawanan menyaksikan kedua-dua pasukan berkongsi satu mata.

Advertisement

Must Watch Video