"Saya rasa keputusan seri seolah-olah menjadi juara kerana amat sukar membendung JDT tetapi inilah realitinya.
"Tapi keyakinan akan datang kalau pemain melakukan sesuatu yang mustahil."
Demikian kenyataan pahit Yusri Che Lah mengenai jurang di antara Perak dan Johor Darul Ta'zim (JDT)
Sang Seladang belum mengukir sebarang kemenangan sepanjang tiga perlawanan di Ipoh, namun ia tidak menyekat hasrat tuan rumah untuk mengintai sebarang kejutan untuk menyekat keampuhan Harimau Selatan, malam esok.
"JDT tidak melibatkan minit akhir perlawanan, saya sentiasa mengingatkan pemain setiap lima minit permainan.
"Saya akan melakukan rombakan kerana ingin menstabilkan pasukan.
"Saya risaukan bola pegun daripada Juan Muniz selain percubaan jarak jauhnya. Begitu juga Bergson da Silva yang mengelirukan dari bahagian sayap kanan dan kiri.
"Oscar Arribas perlu diberi perhatian lebih kerana dia sentiasa ada di dalam kotak penalti dan di posisinya," katanya mengenai persiapan akhir berdepan gergasi Liga Super itu di Nadi Bola sebentar tadi.
Penyerang import kelahiran Argentina, Luciano Guaycochea, menyahut misi mustahil yang disuarakan ketua jurulatihnya itu.
"Kami kehilangan tonggak dalam setiap perlawanan tapi setiap pemain sedia diturunkan. Sesiapa sahaja yang diturunkan esok pasti akan buat yang terbaik.
"JDT pasukan terbaik di Malaysia. Semua tahu betapa sukar untuk tumbangkan mereka. Jadi kami perlu berada di tahap terbaik ketika bertahan dan menyerang.
"Semua pemain JDT hebat, baik pemain import mahupun tempatan.
"Kami belum menang di tempat sendiri lagi sepanjang musim ini. Kami mahu meraih keputusan yang bagus demi peminat yang tidak henti-henti memberikan sokongan," katanya.
Stadium Astro
Fri Aug 16 2024