Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Selangor tunjuk potensi sebenar bergaya tewaskan Terengganu 5-2 di MBPJ

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sfc.jpg
Selangor memanfaatkan kelebihan bermain di tempat sendiri apabila mudah menewaskan Terengganu 5-2 dalam perlawanan minggu keempat Liga Super, sebentar tadi. 

Seri 1-1 berdepan Buriram United Kejohanan Kelab ASEAN (ACC) Shopee Cup dan tewas mengejut 1-2 kepada Negeri Sembilan, Gergasi Merah pantas mengubah nasib di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya untuk mendapatkan tiga mata penuh.

Bermula garang pada awal permainan, skuad kendalian Katsuhito Kinoshi membuka tirai jaringan pada minit ke-17 menerusi Chrigor Moraes. 

Dengan seni menyerang tanpa henti, naib juara Piala FA musim lalu itu terus memberi asakan dan gol kedua hadir melalui pemain sayap Alvin Fortes dan Moraes berjaya melengkapkan hatrik bergaya untuk Selangor selesa mendahului 4-0 sebelum tamat babak pertama.

Memasuki separuh masa kedua, Terengganu seperti merancang usaha untuk kembali dalam permainan, dan percubaan diatur untuk menembusi pertahanan tuan rumah.

Gabriel Silva berhasil menyumbat masuk gol sulung Sang Penyu selepas menyempurnakan sepakan penalti. 

Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi diuji sekali lagi tatkala Junior Ngong Sam memperdaya pemain Selangor untuk memberikan gol kedua buat pasukan pelawat. 

 

Ketika skuad Peteh mahu melakar kebangkitan, penyerang muda kebangsaan, Alif Izwan Yuslan, menambah derita Terengganu sebelum wisel penamat dibunyikan, sekali gus memberi kemenangan kepada Selangor 5-2.

Untuk rekod, ini merupakan kekalahan kali pertama Terengganu pada musim ini. 

Selangor kini menduduki tempat keempat Liga Super dengan pungutan enam mata selepas empat aksi.
Selangor Jersey

Merah Kuning Dalam Jiwa

Jadikan setiap perlawanan lebih bermakna dengan jersi yang penuh semangat kebanggaan.


Sokong Dengan Jersi

Advertisement

Must Watch Video