Selangor kini telah mula menjalani persiapan menghadapi saingan Liga Super berdepan Kedah Darul Aman dalam aksi yang bakal berlangsung minggu hadapan.

Selepas mengambil keputusan untuk menarik diri daripada aksi pembukaan Perlawanan Sumbangsih bertemu Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim semalam.

Menerusi laman X, Selangor telah mula menjalani persiapan untuk perlawanan minggu kedua bertemu Kedah.


Skuad Gergasi Merah itu memohon untuk menunda Perlawanan Sumbangsih namun ia tidak diluluskan oleh penganjur saingan, Malaysian Football League (MFL) dan mereka memilih untuk tidak mengambil bahagian dalam perlawanan untuk merebut Piala Sultan Ahmad Shah semalam.

Ia berikutan pemain utama mereka, Faisal Halim, yang telah mengalami insiden hitam apabila disimbah asid oleh dua individu yang dikenali Ahad lalu.