Rentak kemenangan Selangor kembali tersentak apabila diikat 1-1 dengan Sri Pahang dalam aksi Liga Super yang berlangsung di Stadium Temerloh sebentar tadi.
45 minit pertama menyaksikan Selangor berjaya mendahului seawal minit ketiga menerusi gol yang disempurnakan oleh Alvin Fortes.
Skuad kendalian Fandi Ahmad bagaimanapun berjaya memastikan perlawanan kembali seimbang apabila Stefano Brundo menyamakan kedudukan pada minit ke-43.
Bersambung dalam separuh masa kedua, Selangor kelihatan diberikan kelebihan apabila terpaksa bermain dengan 10 pemain apabila Mykola Ahapov dilayangkan kad kuning kedua.
Kekurangan satu pemain tidak mengubah suasana apabila Selangor berdepan kesukaran menghasilkan percubaan sehingga perlawanan tamat sekaligus menyaksikan kedua-dua pasukan terpaksa berpuas hati dengan satu mata.