PENANG 1 SELANGOR 2

Selangor FC membatalkan hasrat Penang FC untuk berkongsi mata di Stadium Bandaraya, sebentar tadi menerusi rembatan Noor Al-Rawabdeh, seminit menuju masa kecederaan.


Tuan rumah yang turun dengan suntikan semangat baru selepas layak ke pusingan kedua Piala FA dengan menyingkirkan Kedah Darul Aman pertengahan minggu ini bermula dengan garang.

Situasi bola pegun yang diambil Adriano Narcizo pada minit ke-10 terlebih dahulu mengucar-ngacirkan kubu Selangor tetapi peluang itu gagal dimanfaatkan!

Sebaliknya, kem pelawat yang membuka tirai jaringan pada minit ke-27 apabila Faisal Halim bijak membuka ruang kemudian mengumpan kemas kepada Ayrondel Valle yang tidak dikawal di depan pintu gol.




Skuad tuan rumah yang dikemudi Chong Yee Fat makin kerap mengacah benteng Selangor dengan beberapa percubaan berbahaya sebelum peluang terbaik pada minit ke-73 melalui Soony Saad itu dibatalkan akibat ofsaid.

Ketua pasukan Harimau Kumbang, Rafael Vitor, hampir muncul penyelamat buat tuan rumah mengelak kekalahan apabila tandukannya menyentak pemain-pemain Selangor, tetapi jaringannya pada minit ke-87 itu hanya mampu bertahan selama dua minit sebelum Noor Al-Rawabdeh kembali di depan, sekali lagi ketika memanfaatkan kelekaan benteng lawan.