Menjelang perlawanan menentang Negeri Sembilan pada Ahad, Ketua Jurulatih Selangor sifatkan pendekatan lebih bebas akan diambilnya sepanjang musim ini.
Ini apabila dia tidak ingin beri tekanan buat barisan pemainnya tidak kira apa pun yang terjadi.
Dia menyatakan memberi tekanan kepada pemain bukanlah gaya kejurulatihannya, malah memastikan kegembiraan barisan pemain menjadi keutamaan ketika ini.
"Saya nak kekalkan perasaan seronok buat semua orang (pemain), saya tidak mahu untuk mendapatkan keputusan itu sesuatu perkara yang terlalu dibebankan.
"Yang paling saya suka adalah apabila pemain gembira bermain dengan Selangor, gembira untuk berjuang habis-habisan, itu yang paling penting," kata Nidzam Jamil di Nadi Bola.
Nidzam juga menambah dia puji sikap anak buahnya yang ingin berkorban buat sesama sendiri selepas satu-satu ujian yang menimpa pasukan mereka.
"Motivasi (buat pemain) itu ialah semua orang berkorban buat satu sama lain lah, saya tidak rasa kita perlu taktikal itu ini," tambah Nidzam.