Pertembungan PDRM dan Kedah Darul Aman bakal menjadi perlawanan sulung bagi saingan Liga Super musim ini, dan kehadiran solidariti buat dua pemain negara yang berdepan insiden hitam baru-baru ini masih lagi diteruskan.
Selepas pembatalan Perlawanan Sumbangsih antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Selangor yang dijadualkan berlangsung semalam, aksi di Stadium MP Selayang bakal menjadi pembuka tirai aksi Liga Super musim ini.
Malaysia telah digemparkan tiga perkhabaran yang kurang baik menjelang permulaan musim baharu -- bermula dengan Akhyar Rashid yang disamun di Kuala Terengganu, kemudian Faisal Halim disimbah Asid sebelum cermin kenderaan Safiq Rahim dipecah ketika berada berdekatan dengan pusat latihan JDT.
Menerusi perkongsian wartawan Astro Arena, Fatin Ruzaiman, yang memuat naik gambar solidariti buat pemain negara yang berdepan kecelakaan yang tidak diingini itu.

#SolidaritiFaisalHalim di perlawanan PDRM menentang Kedah Darul Aman di Stadium Selayang petang ini.@ASTROARENA pic.twitter.com/GND5URAISx
— Fatin Ruzaiman (@fateenshazwani) May 11, 2024