Sabah dan Penang nampaknya masih buntu mencari gol pertama dalam kancah Liga Super Malaysia musim ini selepas terikat tanpa jaringan dalam aksi perlawanan pertama mereka yang berlangsung di Stadium di Likas petang tadi.
Kedua-dua pasukan masing-masikng mengatur serangan sebaik wisel perlawanan dibunyikan dengan menghasilkan beberapa peluang.
Bagaimanapun anak-anak buah Datuk Ong Kim Swee dan Akmal Rizal Ahmad Rakli masih gagal menterjemahkanya dengan baik untuk mengahasilkan gol sebelum kedua-dua pasukan ke bilik persalinan.
Bersambung babak kedua skrip seakan sama dihidangkan biarpun tuan rumah Sabah dilihat lebih banyak menguasai permainan berbanding Penang.
Kedudukan tanpa sebarang jaringan itu kekal sehingga tamat perlawanan walaupun melewati tambahan masa lima minit daripada waktu sebenar untuk masing-masing sekadar berkongsi satu mata.
Sabah selepas ini akan bertandang ke Kota Bharu untuk berdepan dengan Kelantan Darul Naim, manakala Penang pula akan melayan kunjungan Terengganu di laman sendiri pada 19 Mei ini