Bekas kapten Sri Pahang, Razman Roslan, mengakui sukar untuk meramalkan masa depan skuad Tok Gajah berdasarkan pendirian Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rrahman Sultan Ahmad Shah.
Sama ada kekal beraksi mahupun sebaliknya musim depan, anggota skuad juara Piala Malaysia 2014 itu mengakui kenyataan Tengku Abdul Rahman mengejutkan dirinya sebagai individu yang mengenali pemilik kelab itu.
"Bagi saya tidak pernah perkara sebegini berlaku untuk tarik diri daripada kelab dan pasukan, kerana sebelum ini baginda memberikan segalanya buat pasukan.
"Saya tidak pernah terfikir mahu menarik diri selepas membawa Sri Pahang ke final baru-baru ini, sesuatu yang mengejutkan. Jika betul, harap ada pengganti.
"Saya tidak boleh bayangkan, sekali lagi saya fikir jika betul itu baginda katakan, mungkin saya boleh katakan untuk dia berfikir semula untuk kembali ke pasukan kerana buat masa ini saya tidak nampak ada orang lain." ujarnya.
Terdahulu, Tengku Abdul Rahman menerusi temubual eksklusif bersama Nadi Arena mengesahkan untuk mengundur diri usai kempen Piala Malaysia yang menyaksikan perjalanan Tok Gajah berakhir.
Namun, sehingga kini Malaysian Football League (MFL) masih belum menerima sebarang keputusan rasmi daripada pasukan dari Pantai Timur itu berhubung perkara berkenaan.