Penjaga gol Terengganu FC, Rahadiazli Rahalim, tampak tidak merasai kepuasan diberi peluang beraksi bertemu KL City FC biarpun berjaya melakukan 'clean sheet' pada penampilan sulungnya musim ini.
Ini susulan pasukannya gagal mencatat kemenangan dengan dibelenggu krisis ketumpulan sentuhan penyudah ketika benteng akhir sudah melaksanakan tugas sebaik mungkin setakat ini.
"Pertama kali saya sangat bersyukur atas peluang dan kepercayaan untuk beraksi," kata Rahadiazli.
"Berjaya mengekalkan clean sheet dan saya perlu mengakui tidak berpuas hati dengan prestasi yang dipamerkan dalam perlawanan ini.
"Saya mahu berterima kasih kepada barisan pertahanan kerana banyak membantu dan saya berharap pasukan akan terus memperbaiki corak serangan pasukan dalam usaha untuk mendapatkan kemenangan.
"Semestinya saya mahu kekal dalam kesebelasan utama dan mahu membantu pasukan mendapatkan tiga mata dalam perlawanan akan datang."

? | Statistik penuh perlawanan diantara pasukan Terengganu FC menentang pasukan KL City FC dalam saingan #LigaSuperMalaysia musim 2023.#TerengganuFC#WeBleedBlackAndWhite pic.twitter.com/U0guCQS3Xs
— Terengganu Football Club (@FCTerengganu) March 6, 2023