Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Prestasi Kuala Lumpur City tidak memuaskan -- Hodak

bojan-hodak.jpg
Jaringan tunggal menerusi tandukan pemain tengah, Sebastian Avanzini, melegakan Kuala Lumpur City ketika melayani kunjungan Perak FC di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, malam tadi. 

Namun, kemenangan kedua skuad The City Boys ini gagal memuaskan hati pengendali, Bojan Hodak.

"Saya tidak berpuas hati dengan mutu persembahan kami tapi apa yang penting ialah mengutip enam mata untuk dua perlawanan dalam tempoh lima hari ini. 

"Saya sudah katakan bahawa ini boleh jadi perlawanan yang sukar. 




"Pemain Perak banyak berlari dan mereka bekerja keras. 

"Mereka mula mendominasi tatkala kami sepatutnya menyumbat jaringan kedua. 

"Dengan 10 pemain, kami hanya bertahan dan mengintai serangan balas," kata jurulatih kelahiran Croatia itu selepas perlawanan. 

"Kadang-kadang kami tidak mencapai keputusan baik tapi boleh gantikannya dengan persembahan yang baik. 

"Malam ini kami main bagus tapi tidak menang, sudah tentu kami mahu menang," katanya pula.  


 

Advertisement

Must Watch Video