Ketua jurulatih Kedah Darul Aman, Nafuzi Zain, menganggap faktor permukaan padang di Stadium Bandaraya menjadi kesukaran buat anak buahnya untuk mempamerkan aksi terbaik ketika menang mengatasi Penang FC 2-1 semalam.
Bagi Nafuzi, kredit perlu diberikan kepada barisan pemainnya yang tidak berputus asa sepanjang 90 minit perlawanan untuk meraih kemenangan ke-14 Liga Super musim ini.
Jelas Nafuzi, permukaan padang yang tidak rata menyebabkan kedah dan juga penang sukar untuk beraksi seperti mana kebiasaan.
Dia juga terpaksa melakukan beberapa perubahan percaturan dalam memastikan Kedah terus berada pada tahap terbaik dalam usaha memburu jaringan kemenangan.
Pengendali berusia 44 tahun itu turut percaya, kemenangan berdepan pasukan jiran itu bakal jadi motivasi terbaik Sang Kenari menjelang aksi getir melayani kunjungan Harimau Selatan, Johor Darul Ta'zim (JDT) di Alor Setar Sabtu ini.
Untuk rekod, selepas 20 perlawanan kedah kini menghuni kedudukan ketiga liga dengan 43 mata, tiga mata di belakang pasukan kedua, Selangor.
"Keadaan padang begitu sukar bukan untuk pasukan saya sahaja. Kedua-dua pasukan bermain dalam keadaan permukaan padang keras, tidak rata dan kerap berlaku pelanggaran. Permainan sebenar kita terjemahkan terlalu berisiko.
"Jadi kita perlu berhati-hati termasuk terpaksa menukar corak permainan untuk bermain lebih selamat. Kita terpaksa 'gamble' bermain dengan cara itu," katanya selepas tamat perlawanan semalam.