Tonggak pertahanan muda Perak, Shivan Pillay Asokan, percaya pasukannya mampu menamatkan Liga Super musim ini sekurang-kurangnya dalam kelompok enam pasukan terbaik.
Sedar ianya bukan tugas mudah, Shivan Pillay berharap dia dan rakan sepasukan mampu segera bangkit mempamerkan prestasi terbaik, sekali gus meraih semula sokongan padu penyokong The Bos Gaurus.
Jelas pemain kelahiran Kuala Krai, Kelantan, itu Sang Seladang tidak boleh lagi keciciran mata untuk perlawanan seterusnya jika berhasrat mendaki carta Liga Super.
Shivan Pillay turut berharap tempoh rehat panjang mampu dimanfaatkan sebaik mungkin dalam persediaan bertemu Negeri Sembilan, 14 September depan.
"Kecewa, kami sudah lama tidak main, tiga minggu buat persiapan.
"Kami memang buat persiapan bersungguh-sungguh dan akhirnya dapat main tiga minit sahaja, agak kecewa lagi.
"Mungkin Perak FC, keputusan sebelum ini tidak memihak kami (jadi) kami dapat perbaiki persembahan. Mudah-mudahan lawan Negeri Sembilan kami dapat tiga mata," katanya di Ipoh.
Shivan Pillay dalam perkembangan sama turut mengakui kecewa selepas pertemuan menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) malam tadi terpaksa ditunda berikutan faktor cuaca yang tidak mengizinkan.
Tonggak berusia 23 tahun itu telah beraksi dalam lima perlawanan Liga Super bersama Perak setakat ini dengan catatan 450' minit permainan.
"Setakat ini saya dapat minit permainan yang sungguh baik di bawah Yusri Che Lah.
"Tapi keputusan adalah sesuatu yang penting dalam liga. (Mengenai) kedudukan liga, saya tidak boleh cakap terlalu baik atau buruk jadi kami hendak tingkatkan (prestasi) dan mungkin meraih tempat enam teratas liga," katanya.