Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

Liga Super: Penyokong Selangor mentaliti Jepun

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

selangor-penyokong.jpg
Penyokong Selangor menerima pujian positif daripada pelbagai pihak apabila dilihat mengutip sampah di sekitar kawasan dalam stadium sejurus tamat pertembungan di antara Selangor dan Negeri Sembilan di Stadium MBPJ, semalam.

Inisiatif yang diambil oleh penyokong itu wajar diberikan pujian oleh semua penyokong di Malaysia dalam menjaga kebersihan di dalam dan luar stadium.


 

Selangor berjaya melakar kemenangan kedua dalam saingan Liga Super 2024/2025 selepas menewaskan Negeri Sembilan 4-0 dengan dua jaringan hadir menerusi daripada Yohandry Orozco, dan setiap satu melalui Noor Al-Rawabdeh dan Ronnie Fernandez.

Sebelum ini, penyokong Jepun antara yang mendapat pujian daripada peminat bola sepak dunia dengan inisiatif mengutip sampah dalam perlawanan Piala Dunia Qatar, dua tahun lalu.
 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video