Pertembungan di antara pasukan utara tanah air, Penang, dan gergasi Liga Super Malaysia, Terengganu, berakhir dengan jaringan
Separuh masa pertama menyaksikan kedudukan seimbang tanpa jaringan 0-0 namun kedua-dua pasukan mempamerkan aksi bertenaga sepanjang 45 minit.
Bermula babak kedua, skuad kendalian Akmal Rizal Ahmad Rakhli terus memberikan asakan merbahaya kepada skuad Sang Penyu tetapi berjaya dipatahkan oleh gandingan pertahanan, Mohamad Shahrul Nizam bin Ros Hasni dan Muhammad Ubaidullah Shamsul Fazili.
Kredit harus diberikan kepada kedua-dua penjaga gol,Syed Muhammad Nasrulhaq Syed Bidin dan Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman kerana mempersembahkan aksi memukau menepis segala cabaran untuk memastikan tiada jaringan dilakukan.
Masa tambahan selama tiga minit tidak mengubah keputusan 0-0 untuk kedua-dua pasukan meraih satu mata.