Pemain tengah PDRM, Eizrul Ashraf, ingin menjadikan dua bantuan gol ketika debutnya bertemu Perak Sabtu lalu sebagai tonik terbaik untuk dibawa ke perlawanan seterusnya menentang Penang.

The Cops akan melayan kunjungan skuad Harimau Kumbang di Stadium Selayang, Sabtu ini, dengan Eizrul muncul sebagai antara watak penting untuk kemenangan dramatik 3-2 ke atas The Bos Gaurus.

"Saya menganggap pasukan Penang adalah pasukan yang berbeza kerana mereka masih belum bolos namun, kami perlu kekal fokus demi mendapatkan tiga mata penuh di tempat sendiri," katanya.