Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Penang baham Kelantan Darul Naim di Stadium Bandaraya

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

penang.jpg
Penang meraih kemenangan dalam saingan minggu ketujuh saingan Liga Super 2024/2025 selepas menewaskan Kelantan Darul Naim (KDN) 3-0 di Stadium Bandaraya, sebentar tadi.

Pasukan tuan rumah terlebih dahulu menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-12 menerusi penyerang dari Brazil, Rodrigo Dias, untuk mendahului pasukan pelawat 1-0.

Penang mempunyai peluang untuk menggandakan jaringan pada minit ke-32 daripada tandukan kapten pasukan Rafael Vitor pada minit-33 tetapi tersasar dari palang gol.





Dalam pada itu, Nik Akif Syahiran memastikan tuan rumah selesa dengan jurang dua gol mendahului KDN pada minit ke-34 selepas gerakannya bersama Rodrigo Dias mudah menewaskan benteng pertahanan pasukan lawan.

Separuh masa kedua pula menyaksikan KDN terus dihukum apabila Skuad Harimau Kumbang dihadiahkan sepakan penalti selepas Fahrurrozi Suhirman menjatuhkan Izzat Zikri Izirudin pada minit ke-73 perlawanan.

Sepakan penalti itu mudah disempurnakan oleh kapten pasukan, Rafael Vitor, untuk mendahului KDN 3-0.

Kemenangan itu membawa penang mendaki ke kedudukan ke-7 saingan liga, manakala Kelantan Darul Naim berada di kedudukan terakhir liga.
 

Advertisement

Must Watch Video