'Misi utama adalah tidak bolos'
Itu laungan pertahanan import PDRM, Noel Agbre, menjelang perlawanan minggu keempat Liga Super menentang Kuala Lumpur (KL) City di Cheras, malam ini.
Bagi Agbre, tanggungjawab paling utama adalah untuk bertahan dengan disiplin, dan elak daripada melakukan sebarang kesilapan mudah ketika menentang The City Boys.
Namun, pertahanan kelahiran Ivory Coast berusia 24 tahun itu juga mahu membantu pasukannya mendapatkan jaringan, lebih-lebih lagi di situasi bola mati.
"Sebagai pertahanan, sudah pasti bertahan adalah kewajiban untuk kami bagi menghindari serangan pihak lawan.
"Dan saya juga berharap dapat membantu pasukan menerusi sepakan percuma mahupun sepakan penjuru untuk mendapatkan kemenangan di tempat lawan.
"Tidak memikirkan sangat berkenaan taktikal jurulatih, yang pasti memainkan peranan dengan baik ketika bermain," katanya kepada wartawan Astro Arena, Kamal Nizam.
Untuk rekod, The Cops sedang menduduki tempat kelima saingan liga dan mengumpul tiga mata selepas tiga aksi berikutan mengutip tiga keputusan seri.
Gear Up Sekarang

Another day, another matchday ??♀️#klcpdrm#pdrmfc #thecops #sangsakabiru pic.twitter.com/4Z1UYdwwWJ
— PDRM Football Club (@pdrmfcmy) August 27, 2025
"Tidak memikirkan sangat berkenaan taktikal jurulatih, yang pasti memainkan peranan dengan baik ketika bermain," katanya kepada wartawan Astro Arena, Kamal Nizam.
Untuk rekod, The Cops sedang menduduki tempat kelima saingan liga dan mengumpul tiga mata selepas tiga aksi berikutan mengutip tiga keputusan seri.

Bersedia Untuk Aksi Seterusnya
Lengkapkan diri dengan kasut bola yang beri kawalan, kelajuan & keyakinan di padang.
Gear Up Sekarang