Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: PDRM rehatkan tonggak utama hadapi JDT

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

p-maniam.jpg
Ketua jurulatih PDRM, P. Maniam, mengharapkan keajaiban untuk pasukannya mengulangi perncapaian mengikat juara 10 kali berturut-turut, Johor Darul Ta'zim (JDT), menjelang aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri malam esok.

Ini selepas The Cops memilih untuk beraksi tanpa beberapa tonggak utama yang direhatkan bagi menghadapi Selangor dalam aksi pertama final MFL Challenge Cup pada 15 Februari ini.

Sebagai rekod, The Cops satu-satunya pasukan yang berhasil mendapatkan keputusan seri menentang JDT musim ini dengan mengikat Harimau Selatan 1-1 di Selayang pada Julai lalu.

"Daipada segi serangan, kami terpaksa menukar beberapa pemain kerana kami mahu memberikan peluang kepada pemain lain yang kami kira mampu memberikan impak yang bagus," kata Maniam kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.

"Kami mahu memberikan peluang untuk mereka menunjukkan prestasi sebagai persediaan aksi final.

"Kalau kita lihat dalam pertemuan terakhir (dengan JDT) di Selayang, kami telah bermain dengan baik dan layak mendapatkan satu mata.

"Saya harap ia dapat diteruskan. Sudah pasti sukar untuk menentang JDT tetapi adakalanya keajaiban boleh berlaku.

"Saya benar-benar berharap akan ada keajaiban dan kita akan melihatnya esok," katanya.
 

Advertisement

Must Watch Video