Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: PDRM dalam fasa akhir ikat empat lagi pemain import

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

eddy-gapil.jpg
PDRM sudah boleh fokus sepenuhnya kepada persiapan pasukan menjelang saingan musim 2025/2026 selepas disahkan mendapat Lesen Kebangsaan daripada badan pengelola liga, Malaysian Football League (MFL) semalam. 

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PDRM, ASP Mohamad Hafiz Zainal Abidin, menjelaskan Sang Saka Biru bakal memulakan aksipra musim secara rasminya bulan depan dengan penglibatan penuh barisan pemain di bawah kendalian jurulatih, Eddy Gapil.

"Sudah pasti akan berlaku banyak perubahan daripada segi khidmat pemain import. 

"Kami akan menggunakan enam pemain import. 

"Kami sudah menawarkan kontrak kepada barisan pemain tempatan dan import.





"Mereka dijangka akan melaporkan diri di PULAPOL pada 1 Julai ini," katanya. 

Tambahnya, PDRM kini dalam tempoh fasa akhir menandatangani empat pemain import baru yang akan memperkuatkan pasukan sambil dibantu dua tonggak import sedia ada, Fadi Awad serta Kyaw Min Oo, yang dikekalkan. 

Untuk rekod musim lalu, PDRM menamatkan kempen Liga Super di kedudukan kesembilan selain muncul naib juara saingan MFL Challenge Cup selepas tewas kepada Selangor di pentas final.


 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Topik Berkaitan

Must Watch Video