Kehadiran lebih ramai penyokong Selangor tidak memberikan sebarang tekanan terhadap Kuala Lumpur City yang bakal berdepan pasukan gergasi merah itu dalam aksi kelima saingan Liga Super 2024/2024, Ahad ini.
Ketua pasukan, Paulo Josue, menyifatkan perkara itu sebagai satu usaha untuk membantu pasukan yang kini dilanda isu tunggakan gaji selain memberikan semangat buat pasukan kendalian Miroslav Kuljanac itu untuk membenam The Red Giants.
Dia mengakui sedar terhadap momentum baik yang dihadapi pihak lawan selepas kemenangan epik tempoh hari membantu melayakkan diri ke pusingan separuh akhir Piala FA dan Paulo tidak menjadikan reputasi itu untuk berasa kerdil ketika beraksi di atas padang nanti.
"Tiada tekanan ketika ini dan tekanan sebenar adalah pemain yang bermain tanpa bayaran gaji kerana tertunggak selama dua hingga tiga bulan, itu adalah tekanan sebenar.
"Untuk perlawanan, ia tetap perlawanan yang kami perlu pergi ke sana dan bermain di laman kami sendiri dan bermain dengan baik nanti.
"Soal menang ataupun kalah, ia boleh berlaku pada kami dan juga pada Selangor. Kami pasukan yang berkerja keras, ia menjadi tanggungjawab kami untuk mendapatkan mata nanti.
"Kami telah berlatih setiap hari jadi kami akan bermain dengan baik." katanya kepada Nadi Arena.

Still belum beli ticket untuk Klang Valley Derby?
— Kuala Lumpur City Football Club (@KLCityFootball) July 12, 2024
Don’t worry, our physical tickets go on sale starting tomorrow from 12pm till 3pm at the Matchday Store at Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur in conjunction with DBKL’s Teh Hijau event! pic.twitter.com/oXfF0ECDuJ