Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Paulo Josue pamer semangat kemanusiaan raikan gol dengan 'siu' ala Faisal Halim

josue.jpg
Kapten Kuala Lumpur City, Paulo Josue, mempamerkan semangat kemanusiaan istimewa apabila menjaringkan gol dengan gaya 'siu' ala rakan sepasukannya dalam skuad kebangsaan, Faisal Halim.

Paulo Josue menjaringkan gol pembukaan The City Boys pada minit ke-12 perlawanan di Cheras itu sebelum Pedro Hendrique kembali mengikat kedudukan buat Kuching City dalam aksi Liga Super malam tadi.

Selepas menjaringkan gol pembukaan berkenaan penyerang naturalisasi negara itu meraikannya dengan gaya siu seperti kebiasaannya dilakukan Faisal.

Ia merupakan satu simbolik sokongannya buat bintang Selangor berkenaan, yang cedera parah disimbah asid oleh dua individu tidak dikenali awal bulan ini.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Astro Arena (@astroarenahd)


 

Advertisement

Must Watch Video