Negeri Sembilan menetapkan misi wajib menang dalam kunjungan ke Kedah Darul Aman untuk pertemuan petang esok.
Biarpun berdepan persiapan singkat berikutan rombakan membabitkan struktur kejurulatihan dan pengarah teknikal skuad Jang hari ini yang menyaksikan K Nanthakumar yang akan dibantu Effendi Malek dan K Rajan buat sementara waktu bagi mengharungi kempen Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.
Negeri Sembilan tumpas enam kali dan menang sekali setakat ini, lantas tiga mata menjadi matlamat utama penjaring terbanyak pasukan dengan dua gol, R. Barathkumar, apabila menganggapnya sebagai bekalan yang cukup berharga untuk melonjakkan mereka keluar dari zon bahaya.
"Kami agak positif untuk kutip mata, kami tidak lagi rela keciciran mata.
"Tapi bukan senang, Kedah antara pasukan kuat di Malaysia.
"Kedah mempunyai pengalaman untuk menggerakkan serangan, jadi kami perlu berjaga-jaga.
"Sebolehnya saya mahu terus mencetak jaringan. Dalam masa sama, kami perlu elak daripada mudah dibolosi sejurus melakar jaringan," katanya.
Stadium Astro
Fri Aug 16 2024