Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Negeri Sembilan buru tiga mata berdepan Kedah

negeri-sembilan.jpg
Negeri Sembilan sedia melayani kunjungan Kedah Darul Aman dengan misi mempertahankan rekod tiga mata musim lalu di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi esok.

Meskipun berdepan cabaran apabila kehilangan khidmat beberapa pemain, terutamanya penyerang import dari Brazil, Casagrande yang mengalami kecederaan lutut, manakala pemain pertahanan, R. Aroon Kumar pula berdepan masalah kesihatan.

Bagaimanapun, skuad Hobin Jang Hobin itu mempunyai perancangan tersendiri untuk merebut tiga mata kemenangan selepas sekadar meraih keputusan seri pada dua perlawanan terakhir menentang Perak dan Sabah.

"Ia bukanlah satu tekanan, kerana masih terdapat barisan pemain yang boleh beraksi. Sesiapa yang beraksi, akan memberikan 100 peratus," kata pertahanan Negeri Sembilan, Tommy Mawat Bada.

"Saya menjangkakan perlawanan yang sengit, dan berharap untuk meraih keputusan yang positif. Kedah pasukan yang berkualiti, namun tiada apa yang menghalang daripada kami untuk berusaha mendapatkan apa yang diusahakan."
   

Advertisement

Must Watch Video