LIGA SUPER MSIA
Liga Super: Naluri Yusri Che Lah kekalkan Azfar Fikri bantu Perak benam KL City
Naluri kuat jurulatih Perak, Yusri Che Lah yang membantu The Bos Gaurus melakar kebangkitan menerusi kemenangan 2-1 menewaskan Kuala Lumpur (KL) City di Stadium Cheras, malam tadi.
Ia menyaksikan keputusannya untuk tidak mengeluarkan Nur Azfar Fikri Azhar berhasil apabila pemain sayap itu muncul wira dengan jaringan kemenangan dalam pertembngan minggu ke-24 Liga Super 2024/25 itu.
"Apabila saya dimaklumkan mengenai Azfar mengalami kecederaan di lutut kanan dan saya beranggapan perlu gantikan dia, dalam masa sama menanti keputusan VAR.
Iklan
"Maklumat saya adalah jika jaringan terhasil maka kita perlu kekalkan Azfar untuk seimbangkan Gerakan bahagian kanan. Dalam amsa yang sesuai itu kita menghasilkan jaringan kemenangan. Seorang pemain muda berdedikasi." katanya.
Kerja keras Azfar juga membuahkan hasil apabila gerakannya memastikan pasukan pelawat dihadiahkan sepakan penalty, dengan peluang itu dimanfaatkan sepenuhnya oleh kapten, Luciano Guaycochea untuk gol penyamaan di minit ke-77 sebelum dia pula mencatat nama selaku penjaring tiga minit kemudian.
Situasi ini berlaku pada ketika Azfar yang mesra disapa Kaka sudah berada dalam perancangan Yusri untuk dikeluarkan lebih awal.
"Saya baru di Perak dan masih bergelut dengan prestasi saya tapi keluarga dating beri sokongan.
“Saya dah plan nak keluarkan Azfar”, Yusri Che Lah kongsi rahsia kebangkitan Perak atasi KL City 2-1. @ASTROARENA pic.twitter.com/V1GUDGUM3J— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) April 7, 2025
"Saya perasan kerana saya bergelut dengan kecederaan saya, bersyukur jurulatih Nampak sesuatu dekat saya untuk kekal." tambahnya.
Must-Watch Video