Ketua jurulatih Kedah Darul Aman (KDA), Nafuzi Zain, berasakan persediaan pasukannya kini lebih baik berbanding perlawanan sebelum ini menjelang aksi minggu ke-13 Liga Super 2024/2025 berdepan Terengganu di laman sendiri, esok.
Bagaimanapun, Nafuzi tidak mahu memandang rendah kualiti pasukan lawan dan berharap pemainnya akan memberikan aksi terbaik.
Untuk rekod, sepanjang beraksi di laman sendiri Nafuzi telah melakar satu kemenangan, satu kekalahan dan tiga kali seri untuk Skuad Kenari itu musim ini.
"Dari segi persiapan untuk minggu ini semua pemain turun padang dan lebih baik berbanding perlawanan sebelum ini. Kami harap pemain akan fokus dan bermain dengan penuh semangat serta bermotivasi.
"Berdepan Terengganu, kita tahu kualiti mereka dan tidak boleh ambil mudah pada mereka walaupun beraksi di tempat sendiri.
"Jika dibandingkan pasukan kami dengan Terengganu, mereka lebih baik. Tetapi saya yakin pemain akan beri yang terbaik nanti." katanya.
Dalam pada itu, perancang KDA, Sony Norde, optimis bersedia memacu pasukannya berdepan Terengganu selain akan memberikan cabaran buat pasukan lawan.
"Daripada aspek persediaan kami sangat baik, kami cuba untuk berlatih mengikut perancangan jurulatih. Kami bersedia berdepan Terengganu, kami akan berikan saingan." katanya.

? LIGA SUPER 2024/25 | LS13
— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) October 17, 2024
? TERENGGANU FC
? Sabtu, 19 Oktober 2024
? 9.00 malam
?️ Stadium Darul Aman
? https://t.co/wTcsHW6uI9 pic.twitter.com/oB4Nh0fHYl
"Dari segi persiapan untuk minggu ini semua pemain turun padang dan lebih baik berbanding perlawanan sebelum ini. Kami harap pemain akan fokus dan bermain dengan penuh semangat serta bermotivasi.
"Berdepan Terengganu, kita tahu kualiti mereka dan tidak boleh ambil mudah pada mereka walaupun beraksi di tempat sendiri.
"Jika dibandingkan pasukan kami dengan Terengganu, mereka lebih baik. Tetapi saya yakin pemain akan beri yang terbaik nanti." katanya.
? Kedudukan pasukan Terengganu FC II dalam carta Piala MFL 2024-2025 selepas perlawanan ke-11.#TerengganuFC#WeBleedBlackAndWhite pic.twitter.com/VydFUpEOOm
— Terengganu Football Club (@FCTerengganu) October 13, 2024