LIGA SUPER MSIA
Liga Super: Melaka kena ada
Melaka diperlukan dalam Liga Super.
Isyarat jelas itu diberikan Pengerusi Liga Bolasepak Amatur (AFL), Datuk Wira Yusoff Mahadi, bahawa juara Liga A1 2024/25 itu tidak mempunyai halangan besar untuk kembali ke kancah utama Liga Malaysia (Liga-M).
Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) itu menjelaskan ia kini hanya bergantung kepada kelab berkenaan setelah mereka sudah layak secara merit.
Iklan
"Kelayakan automatik sudah terjamin tapi terpulang kepada pasukan itu sendiri.
'Mungkin ada faktor-faktor lain menyebabkan mereka belum membuat keputusan.
"Tetapi Melaka dan Imigresen sepatutnya naik ke Liga Super," katanya.
Skuad Hang Tuah perlu memenuhi syarat pelesenan kelab yang ditetapkan badan bebas, First Instance Body (FIB), berkaitan sumber kewangan kelab.
Selain itu, syarat untuk mendapatkan lesen kebangsaan juga memperuntukkan setiap pasukan memiliki pasukan pembangunan masing-masing.
"Ia bergantung kepada kelab itu sendiri untuk membuat keputusan.
"Mereka perlu penuhi syarat yang ditentukan MFL. Tapi saya untuk pasukan baru, syarat (yang ditetapkan) tidaklah terlalu ketat kerana MFL memerlukan pasukan ini naik ke atas," katanya lagi.
Buat semua pemain-pemain Ultimate Liga Super Fantasy, ada RM45,000 untuk anda semua rebut! Tingkatkan peluang kemenangan anda dengan pembelian Kad Pemain dan Kad Naik Taraf! 😍😍🔥#UltimateLigaSuperFantasy #AstroArena pic.twitter.com/msDfBthl3c— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) February 24, 2025
Must-Watch Video