Masa depan Kuala Lumpur City sama ada kekal beraksi di pentas tertinggi Liga Super musim depan atau sebaliknya hanya akan diputuskan ketika Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) yang dijadualkan bersidang pada 15 Mac.
Tegas presiden KLFA, Syed Yazid Syed Omar mengenai kenyataannya sebelum ini yang memberi bayangan seolah-olah 'The City Boys' sedia untuk menarik diri dari kancah Liga Super hanyalah bersifat peribadi.
Syed Yazid dalam perkembangan sama turut mengesahkan KL City tidak berdepan sebarang isu tunggakan gaji sejak dia memikul tugas selaku presiden badan induk itu bermula Oktober tahun lalu.
Sebaliknya, masalah tunggakan gaji yang membelenggu skuad kendalian Miroslav Kuljanac ketika ini adalah tunggakan daripada pihak pengurusan terdahulu.
Dia turut memberi jaminan, segala permasalahan ini akan diselesaikan sebelum bermulanya saingan Liga Malaysia musim 2025/2026.
KL City memperoleh kemenangan 3-2 ke atas Kedah Darul Aman Jumaat lalu.
Liga Super 2024/25: Keputusan KL City untuk terus kekal bersaing dalam kancah Liga Super akan diputuskan pada 15 Mac ini ??#NadiWeekend #LigaSuper pic.twitter.com/9yQ2fYTutf
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) March 9, 2025