Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Marin Pilj tercicir akibat cirit-birit

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

pilj.jpg
Perancang utama Terengganu, Marin Pilj, tercicir daripada rombongan skuad Penyu ke Alor Setar bagi perlawanan minggu ke-13 Liga Super 2024/2024 untuk berdepan Kedah Darul Aman (KDA) malam ini .

Mengikut wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi, pemain berusia 27 tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan penggantungan, tetapi mengalami masalah cirit-birit -- sehari sebelum bertolak ke kubu lawan. 



 


Untuk rekod, selepas 16 aksi bersama Terengganu, dia telah menyumbangkan  dua gol dan dua bantuan jaringan selain menjadi watak penting dalam memacu cabaran pasukannya mara ke pusingan separuh akhir Piala Malaysia 2024.






 

Advertisement

Must Watch Video