Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Manuel Ott sedia kekal bersama Terengganu

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ottt.jpg
Tonggak tengah import Terengganu, Manuel Ott, mengakui berasa lega dapat membantu pasukannya menamatkan saingan Liga Super 2024/25 di kedudukan kelima terbaik.

Disebalik ketidaktentuan yang berlaku sepanjang musim, antaranya pertukaran ketua jurulatih serta isu kecederaan beberapa tonggak utama, ianya tidak mematahkan semangat barisan pemain untuk berjuang hingga ke penghujung saingan sekali gus memperbaiki kedudukan liga berbanding edisi 2023.

Ketika ditanya mengenai masa depannya bersama Terenggnau, Ott masih belum mempunyai jawapan sebaliknya mahu menikmati tempoh pramusim terlebih dahulu sambil menegaskan dia sedia untuk kekal di Gong Badak jika pihak pengurusan masih mahukan khidmatnya.

"Saya di sini sejak 2022 yang merupakan musim terbaik, jadi standard untuk diri saya tinggi. Kami telah melakukan kerja yang bagus tetapi terdapat cabaran seperti pemain pergi di pertengahan musim, perubahan jurulatih.

"Ia bukan persekitaran yang sempurna tetapi seperti saya katakan kami perlu fokus dan bersedia untuk musim akan datang.

"Saya gembira di sini, saya teruja beraksi buat Terengganu. Saya memandang kehadapan untuk terus berada di sini." katanya.

Advertisement

Must Watch Video