Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Kuching City tidak rela bolos lagi

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hazwan-bakri.jpg
Ketua jurulatih Kuching City, Aidil Sharin Sahak, menegaskan pasukannya akan terus mengekalkan corak permainan menyerang yang menjadi identiti mereka, namun dengan beberapa penyesuaian taktikal bagi menghadapi kekuatan Sang Saka Biru, malam esok. 

Kunjungan pada esok penting bagi mengukur kemampuan barisan anak buahnya dalam menyerap amanat terbaru yang perlu diterjemahkan di Stadium Majlis Perbandaran Selayang itu., 

"Kami menempuhi jadual padat yang melibatkan penerbangan ke tempat lawan dan persiapan.

"Keletihan itu memang ada. Ini kali pertama dalam musim ini kami perlu beraksi dalam perlawanan berturut-turut.

"Saya akan merombak pasukan yang melibatkan beberapa tonggak bagi mengimbangi jadual perlawanan.

"Pemain yang diturunkan kelak pastinya sudah bersedia," katanya. 

Aidil Sharin mengakui PDRM memiliki disiplin bertahan yang baik serta keupayaan melakukan serangan balas pantas, lantas pemain Kuching City sudah pun diingatkan supaya kekal fokus sepanjang perlawanan.

"Kami perlu fokus dan disiplin. 




"Kami tidak mahu ulangi dibolosi dalam beberapa perlawanan terakhir. 

"Ia perkara yang kami perlu perbaiki dan elak kesilapan seperti ini. 

"Terengganu mengambil peluang ketika kami belum bersedia menghadapi sepakan penjuru selain tidak berdisiplin (dalam soal) disiplin. 

"Esok kami akan cuba kurangkan kesilapan mudah sambil berharap ia akan menjadi titik tolak kepada kami," katanya. 



 

Advertisement

Must Watch Video