Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Kuching City di kedudukan keempat liga, menang lawan KDN

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kuching.jpg
Hujan lebat di Stadium Negeri, Sarawak, tidak menghalang pasukan tuan rumah, Kuching City, untuk mendapatkan kemenangan ketiga Liga Super Malaysia menentang Kelantan Darul Naim (KDN), sebentar tadi.

Kejayaan tersebut sekali gus meletakkan The Cats di tangga keempat sambil dibezakan satu mata sahaja dibelakang pencabar terdekat, Terengganu, dalam carta liga.

Meskipun mempunyai banyak peluang terhidang, hanya jaringan penyerang berbisa, Jordan Mintah, pada minit ke-36 menjadi penyelamat skuad kendalian Aidil Sharin Sahak mendapatkan tiga mata penuh.

 
KDN mula mengatur gerakan melancarkan serangan kearah pertahanan Kuching City tetapi, ketangkasan penjaga gol, Shahril Saa'ri, perlu diberi pujian selepas banyak menyelamatkan percubaan berbahaya pasukan lawan.

 

Advertisement

Must Watch Video