Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Kuching bangkit ikat Perak

perak-kuching.jpg
Kuching City memastikan Perak kempunan membawa pulang tiga mata apabila mereka terikat seri 1-1 di Stadium Negeri, sebentar tadi.

Daripada segi rekod pertemuan dalam lima aksi terakhir, Kuching dan Perak masing-masing mencatat dua kemenangan, sementera satu perlawanan berakhir dengan keputusan seri. 

Dalam pertemuan sebelum ini pada Julai 2024, Kuching berjaya menundukkan Perak 2-1 di tempat lawan, namun kali ini Perak memastikan mereka tidak pulang dengan tangan kosong.

Perlawanan Liga Super 2024/25 ke-19 buat Perak dan ke-16 buat Kuching menyaksikan mereka terikat 1-1 dalam aksi yang berlangsung di Stadium Negeri, Kuching.

Perak bermula garang dengan jaringan awal pada minit ke-14 menerusi Firdaus Saiyadi, memberikan kelebihan kepada pasukan pelawat. 

Namun, Kuching tidak berputus asa dan akhirnya berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-71 hasil rembatan padu Ramadhan Saifullah. 

Kedua-dua pasukan terus berusaha memburu gol kemenangan, namun ketangkasan penjaga gol serta keteguhan benteng pertahanan memastikan keputusan kekal sehingga wisel penamat dibunyikan.
 

Advertisement

Must Watch Video