LIGA SUPER MSIA
Liga Super: Khairul Fahmi cemerlang selamatkan penalti, mendahului KDN separuh masa pertama
Separuh masa pertama menyaksikan Sabah berjaya mendahului Kelantan Darul Naim (KDN) 1-0 di Stadium Sultan Muhammad Ke IV, Kota Bharu, ketika ini.
Sabah memberikan amaran awal melalui serangan bahaya ke kubu pasukan KDN tetapi sepakan Ramon Machado meluru jauh tersasar.
Jaringan awal Sabah hadir melalui Gabriel Peres pada minit ke-25 untuk memberikan kelebihan awal kepada skuad The Rhinos.
Iklan
Pada minit ke-29 KDN pula dihadiahkan sepakan penalti selepas bola terkena tangan Daniel Ting hingga menyebabkan pengadil terpaksa ulang tayang Video Bantuan Pengadil (VAR) sebelum menghadiahkan sepakan penalti kepada tuan rumah.
Begitupun, bekas penjaga gawang Harimau Malaya, Khairul Fahmi Che Mat, berjaya menyelamatkan sepakan penalti yang diambil Muzungu untuk terus mempunyai kelebihan di tempat lawan.
Selang dua minit kemudian pemain Kelantan berjaya menjaringkan gol melalui tandukan Muzungu tetapi penjaga garisan mendakwa bola tersebut sudah terkeluar dan menafikan jaringan penyamaan itu.
KDN terus mengasak Sabah dalam separuh masa pertama tetapi benteng pertahanan yang berdisiplin menyukarkan pasukan tuan rumah untuk mencari jaringan penyamaan.
Saksikan separuh masa kedua sebentar lagi.
Must-Watch Video