Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Kesilapan sendiri membawa kepada kekalahan -- YCL

ycl.jpg
Minggu pertama Liga Super 2024/25 menyaksikan Perak gagal bangkit sepenuhnya selepas tewas kepada pasukan tuan rumah Terengganu. 

Skuad kendalian Yusri Che Lah (YCL), memberikan tentangan hebat apabila menguasai permainan dengan melakukan asakan bertali-arus sehingga mencabar barisan pertahanan Terengganu yang diketuai oleh Shahrul Nizam.

Meskipun menjaringkan gol menerusi sepakan penalti dari penyerang, Luciano Guaycochea, untuk kembali dalam permainan, Sang Penyu terlebih dahulu melenyapkan impian mereka untuk membawa sekurang-kurangnya satu mata ke Ipoh. 
 
 
 

"Saya tetap bersyukur dengan kekalahan ini kerana ia memberi pengajaran buat semua pemain dan barisan kejurulatihan. 

"Masih banyak perkara yang perlu ditambah baik terutamanya bahagian penyudah. Kami banyak mencipta gerakan menarik tetapi gagal memanfaatkan peluang terhidang.

"Saya mengakui hukuman kad merah yang dikenakan kepada Luiz Motta mengganggu rentak perlawanan dan akibatnya kami terpaksa bermain 10 orang sehingga penamat," kata ketua jurulatih, Yusri Che Lah.

Advertisement

Must Watch Video