Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Kelekaan buat Kuala Lumpur City masih tercari-cari kemenangan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kuala-lumpur-city.jpg
KELANTAN 2 KL CITY 2

Ketua jurulatih Kuala Lumpur City, Bojan Hodak, kesal tindakan melulu anak buahnya menjadi punca mereka gagal menterjemahkan pertemuan dengan Kelantan FC, sebentar tadi, dengan kemenangan.


Skuad Warga Kota mendahului seawal minit ke-11 hasil jaringan Tchetche Kipre dan Declan Lambert melebarkan kedudukan pada minit ke-34. 

Begitupun, bekalan selesa itu tidak dipertahankan apabila mereka berputih mata dengan kebangkitan Kelantan menuju waktu rehat selepas gol sendiri Kenny Pallraj dan Fazrul Amir Azman mengikat kedudukan perlawanan. 

"Kami bodoh, ini perasaan saya.

"Tanpa merendahkan Kelantan yang bekerja keras, tapi mereka mendapat dua gol daripada satu percubaan sahaja daripada tiada apa-apa. 

"Selepas mendahului 2-0 dan membunuh perlawanan, kami sebaliknya menyumbat dua gol buat mereka," katanya selepas perlawanan. 




Justeru, Hodak berhasrat menggunakan kalendar FIFA ini untuk memperkemaskan barisan anak buahnya sempena bertemu Selangor FC. 

"Kami akan menghadapi perlawanan 'derby' dan satu perlawanan penting. 

"Saya harap beberapa pemain tercedera hari ini akan kembali.

"Kami cuma perlu terus fokus dan bekerja keras ketika jadual antarabangsa," katanya selepas perlawanan.


 

Advertisement

Must Watch Video