Perejam negara, Hafizul Hayazi Adnan, mengakui berasa puas hati apabila dapat membantu Malaysia mara ke final acara regu berpasukan Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026.
Hafizul Hayazi atau mesra disapa John itu berkongsikan semangat juang tinggi serta percaya antara satu sama lain menjadi nadi kekuatan malaysia meskipun dipaksa berhempas pulas sebelum ketepikan cabaran Indonesia.
ketika ditanya mengenai peluang skuad negara di pentas final pada jumaat, John memberikan jaminan mereka akan berjuang habis-habisan demi memastikan kilauan pingat emas dapat dibawa pulang ke bumi Malaysia.
"Saya bersyukur, kami istifar sahaja dalam gelanggang. Pertahan kami sangat baik hari ini. Kami akan lakukan yang terbaik untuk dapatkan pingat emas acara sepak takraw." katanya.