Dua pelari pecut negara mengesahkan kelayakan ke separuh akhir acara 100m Sukan Asia Aichi-Nagoya di Stadium Olahraga Mizuho sebentar tadi.
Azeem layak ke separuh akhir selepas muncul pelari terpantas saringan 5 dengan catatan 10.17s.
Dalam pada itu, Umaira turut layak ke separuh akhir selepas menjadi antara enam pelari dengan catatan terbaik daripada kelompok empat ke bawah, di mana dia mencatatkan 10.43s dalam saringan 1.