Ketua jurulatih Kedah Darul Aman (KDA), Nafuzi Zain, menegaskan fokus pasukannya tertumpu kepada aksi 'derby' utara bertemu Perak, Jumaat ini, meskipun terpalit dengan isu luar padang yang membelenggu pengurusan pasukan itu.
Pengendali berusia 45 tahun itu percaya KDA akan kembali bangkit meraih kemenangan selepas dikecewakan oleh Selangor dalam perlawanan lalu.
Bekas pengendali Terengganu itu mengingatkan anak buahnya agar sentiasa berwaspada dengan ancaman yang bakal diberikan skuad kendalian Yusri Che Lah.
"Setakat ini, saya berpuas hati dengan komitmen yang diberikan oleh setiap pemain terutamanya ketika berjuang habis-habisan demi tiga mata berharga.
"Kita akan memberikan saingan yang hebat kepada pasuka Perak atas faktor kelebihan bermain di tempat sendiri," katanya.